Friday, 28 September 2012

Kenapa Perlunya Kompos Dalam Kebun Organik Anda?



Contoh kompos yang terdiri dari bahan-bahan organik yang terurai



Terdapat banyak kebaikan kompos dalam penggunaannya dalam pertanian organik. Kompos adalah bahan-bahan organik yang telah diurai oleh mikroorganisma. Walaupun terdapat banyak kelebihan kompos, ada 3 faktor yang lebih menyerlah dalam fungsinya. Kita menggunakan kompos untuk mempercepatkan:
  • kuantiti dan kepelbagaian mikrob dan mikroorganisma
  • kandungan bahan organik
  • nutrisi dalam kandungan tanah

Thursday, 27 September 2012

Kawalan Makhluk Perosak Kaedah Organik & Tanpa Toksik - Adakah Ini Cara Terbaik?



Kawalan makhluk perosak kaedah organik (tanpa bahan toksik dan racun) telah menjadi ikutan yang semakin popular di kalangan peminat ataupun pengusaha/pekebun tanaman organik. Malah ia adalah antara soalan-soalan lazim yang terdahulu menjadi isu kepada para pengusaha tanaman organik yang baru mula menceburi cabang pertanian ini. Hasil daripada itu anda boleh mendapati terdapat pelbagai resepi-resepi  racun organik untuk kawalan serangga perosak tanaman ini di internet dan juga penulisan dalam buku-buku.


Mengapa Organik?

Berkebun kaedah organik adalah salah satu perkara yang penting dan menyeronokkan yang kita boleh lakukan. Dengan cara ini kita boleh memperbaiki kesihatan kita, kesihatan keluarga dan kawan-kawan kita dan secara tak langsung berbakti pada mukabumi ini. Cuba bayangkan:


  • Anda boleh memiliki sebuah kebun organik tersendiri (di samping tanaman herba, buah-buahan, kekacang dll), menanam sendiri kelompok makanan yang sihat dan bebas racun kalau dibandingkan kualitinya dengan apa yang selalu didapati di pasar-pasar tempatan.
  • Anda boleh memiliki sebuah tempat untuk rehat dan riadah untuk diri sendiri, keluarga anda dan kawan-kawan yang mana juga bermanfaat kepada pelbagai hidupan lain termasuk tumbuh-tumbuhan, burung-burung, rama-rama hinggalah sekecil-kecil makhluk mikroorganisma yang berguna kepada kita.
  • Anda boleh memiliki sebuah taman yang boleh menjadi habitat kepada lebah dan spesis hidupan lain yang terancam di samping taman yang menghasilkan oksigen yang sekaligus memberi kebaikan pada mukabumi ini.