Friday, 28 September 2012

Kenapa Perlunya Kompos Dalam Kebun Organik Anda?



Contoh kompos yang terdiri dari bahan-bahan organik yang terurai



Terdapat banyak kebaikan kompos dalam penggunaannya dalam pertanian organik. Kompos adalah bahan-bahan organik yang telah diurai oleh mikroorganisma. Walaupun terdapat banyak kelebihan kompos, ada 3 faktor yang lebih menyerlah dalam fungsinya. Kita menggunakan kompos untuk mempercepatkan:
  • kuantiti dan kepelbagaian mikrob dan mikroorganisma
  • kandungan bahan organik
  • nutrisi dalam kandungan tanah


... yang mana semua elemen tersebut seringkali didapati pada tahap yang rendah disebabkan oleh amalan pertanian/perladangan atau aktiviti penggunaan tanah yang lain sebelum ini.


Bahan kompos boleh dibeli di pasaran dalam pelbagai jenama
Pada topik kali ini saya tidak akan menunjukkan cara menghasilkan kompos. Itu akan memakan masa selama sebulan atau dua. Mungkin teknik pembuatan kompos boleh kita siarkan pada entry lain di masa akan datang. Kali ini saya cuma membeli bahan kompos, dan bagi seseorang seperti saya yang terhad dari segi masa dan ruang kerja, membeli kompos dilihat lebih praktikal buat masa ini.


Semasa membeli kompos, ia seharusnya mempunyai bau yang segar bukannya berbau busuk seperti sampah sarap dan elakkan kompos yang menggunakan sisa kumbahan sebagai salah satu kandungannya. Kita tidak mahu bahan-bahan beracun dan toksik bercampur dalam kandungan kompos kita. Kompos yang baik sepatutnya kelihatan seperti tanah yang gelap, lembap dan seroi (senang terlerai sifatnya sewaktu digenggam), dan yang sebaiknya mengandungi kumpulan cacing tanah yang membiak di dalamnya. Kehadiran cacing tanah dalam kompos boleh menjadi indikasi bahawa bahan kompos tersebut berada dalam tahap terbaik. Ingat, apa yang baik untuk cacing tanah adalah baik juga untuk media tanaman kebun anda!


Cacing tanah merupakan sahabat petani


Untuk membuat sebuah tapak baru untuk kebun organik anda yang mana kandungan tanahnya tidak banyak kandungan organik, kita mulakan dengan menggaul 2 hingga 6 inci bahan kompos dengan 8 hingga 10 inci tanah permukaan atas (topsoil). Mungkin penggunaan kompos dalam formula ini agak keterlaluan, namun bagi tanah tanaman yang kekurangan nutrisi, ia sangat berguna diaplikasikan pada peringkat awal sebelum anda memulakan sebarang penanaman. Adalah penting untuk kita memastikan bahan organik seperti kompos menjadi komposisi pada media tanaman yang bakal kita gunakan.


Kebuk pengumpulan bahan kompos
Kerja-kerja mencampurkan kompos dengan topsoil


Jadi apa yang akan berlaku seterusnya adalah sebab utama kita menggunakannya. Di sini saya tekankan sekali lagi 3 perkara iaitu:
Kerja penambahbaikan tanah perlu sebelum mula menanam
  • Kita mahukan kandungan bahan organik dalam tanah kerana ia akan bertukar menjadi humus dan ia bermanfaat dalam banyak perkara. Ia membantu mengekalkan kelembapan tanah dan nutrien dan memperbaiki struktur pengaliran udara dalam tanah yang sekaligus memberi banyak faedah untuk kita.
  • Kandungan tanah akan mengandungi nutrien yang diperlukan kerana apabila mikroorganisma bertindak dalam mengurai segala bahan organik ini, bahan terlerai mengandungi nutrisi untuk pertumbuhan tanaman kita. Secara teknikal, ianya tidak dikategorikan sebagai "baja" namun kita masih boleh menganggapnya sebagai baja organik semulajadi. Kandungan nutrien yang pelbagai merangkumi formula yang luas tambahan pula ia diperbuat dari pelbagai sumber bahan organik.
  • Pentingnya kandungan tanah mengandungi kepelbagaian mikroorganisma yang berfungsi ke arah penambahbaikan pada struktur tanah dan kesihatan tanaman. Topik mikroorganisma dalam kandungan tanah dan kepentingannya akan saya huraikan pada entry yang lain.


Jadi, kita sekarang sedang melakukan proses inokulasi terhadap kebun organik kita dengan bantuan bakteria, fungi dan protozoa yang bermanfaat. Tidak kurang penting juga peranan hidupan lain, dari sekecil cacing tanah dan serangga, kita mahukan semuanya dalam kebun organik kita kerana mereka menyumbang ke arah media tanaman yang sihat dan hidup! Itulah kepentingan kompos dan saya harap anda dapat mula menggunakannya secepat yang mungkin.


Sekian.

4 comments:

  1. Kami dari MSG 3 ingin menawarkan produk pupuk organik cair MSG3.
    Dengan media bakteri keturunan ketiga (EM3)
    Harga untuk 1 L : Rp100.000
    Harga untuk 2 L : Rp.200.000
    Fungsi :
    1.Untuk pertumbuhan segala macam tanaman
    2.Untuk memulihkan kualitas tanah
    3.Sebagai bahan fermentasi pakan untuk ternak
    4.Sebagai aktivator bakteri menguntungkan untuk kolam ikan
    5.Sebagai aktivator untuk pembuatan pupuk cair dari urin atau feses ternak
    6.Untuk mengusir hama dan penyakit tanaman
    Takaran untuk aplikasi ke tanaman :
    1. 10ml (satu tutup botol) POC MSG3
    2. Ditambahkan dengan 4 liter air bersih
    3. Bisa langsung di aplikasikan dikocor atau disemprotkan pada daun apabila untuk tanaman
    4. Apabila untuk kolam ikan maka di campurkan dalam air kolamnya
    Apabila ingin memperbanyak POC MSG 3 menjadi bakteri keturunan EM4 :
    1. POC MSG 3 1 liter
    2. Ditambahkan dengan phokot/ tetes tebu sebanyak 20 L kemudian di diamkan dalam wadah tertutup selama 2 minggu
    Kami juga menyediakan :
    1. Formula aktivator untuk pembuatan kompos hanya 1-2 HARI saja
    2.Bibit jahe merah dan jahe gajah
    Minat ? Hubungi 087830003499
    PIN 32F8D220
    www.agribisnismsg3.blogspot.com
    twitter : agribisnis_msg3
    Fanspage facebook : MSG 3
    Instagram : agribisnis_msg3
    email : maulanagemilang38@gmail.com
    terima kasih

    ReplyDelete
  2. selamat siang

    kami menjual bakteria pengaktif untuk pembuatan kompos dalam masa 1 hingga 2 hari dan pupuk organik cair untuk segala jenis tumbuh-tumbuhan.
    anda minat?
    hubungi kami:
    LINE atau WA: 087830003499
    PIN 56BC5D0F
    Facebook: MSG 3
    www.agribisnismsg3.blogspot.com

    ReplyDelete
  3. Formula MSG 3
    Bakteri aktivator untuk pengomposan dalam waktu 1-2 hari dan untuk penghilang bau dan lalat di kandang ternak..
    No hp 087830003499
    Pin : 5EACE81A
    https://www.bukalapak.com/p/hobi-koleksi/berkebun/pupuk-nutrisi-tanaman/4767vn-jual-formula-msg-3-bakteri-aktivator-kompos?utm_source=apps

    ReplyDelete
  4. Saya akan mencadangkan sesiapa yang mencari Pinjaman Perniagaan untuk Le_Meridian mereka membantu saya dengan pinjaman Empat Juta USD untuk memulakan perniagaan Quilting saya dan ia adalah pantas Apabila mendapatkan pinjaman dari mereka itu mengejutkan betapa mudahnya mereka bekerja. Mereka boleh membiayai sehingga $ 500,000.000.00 (Lima Hundred Million Dolar) di mana-mana rantau di dunia selagi ada 1.9% ROI boleh dijamin pada projek-projek.Prosesnya cepat dan terjamin. Ia pastinya pengalaman yang positif.Buat penipu di sini dan hubungi Perkhidmatan Pembiayaan Le_Meridian. lfdsloans@lemeridianfds.com / lfdsloans@outlook.com. WhatsApp ... + 19893943740. jika anda mencari pinjaman perniagaan.

    ReplyDelete