Thursday 27 September 2012

Mengapa Organik?

Berkebun kaedah organik adalah salah satu perkara yang penting dan menyeronokkan yang kita boleh lakukan. Dengan cara ini kita boleh memperbaiki kesihatan kita, kesihatan keluarga dan kawan-kawan kita dan secara tak langsung berbakti pada mukabumi ini. Cuba bayangkan:


  • Anda boleh memiliki sebuah kebun organik tersendiri (di samping tanaman herba, buah-buahan, kekacang dll), menanam sendiri kelompok makanan yang sihat dan bebas racun kalau dibandingkan kualitinya dengan apa yang selalu didapati di pasar-pasar tempatan.
  • Anda boleh memiliki sebuah tempat untuk rehat dan riadah untuk diri sendiri, keluarga anda dan kawan-kawan yang mana juga bermanfaat kepada pelbagai hidupan lain termasuk tumbuh-tumbuhan, burung-burung, rama-rama hinggalah sekecil-kecil makhluk mikroorganisma yang berguna kepada kita.
  • Anda boleh memiliki sebuah taman yang boleh menjadi habitat kepada lebah dan spesis hidupan lain yang terancam di samping taman yang menghasilkan oksigen yang sekaligus memberi kebaikan pada mukabumi ini.


Pertama kali saya mencuba berkebun secara organik, saya sangat teruja kerana perspektif penanaman organik yang berbeza dengan kaedah konvensional dan ini membuka lembaran pengalaman yang baru buat saya. Anda dapat mempelajari banyak perkara yang menakjubkan dengan pendekatan organik ini.

Masih banyak yang saya perlu pelajari perihal berkebun itu sendiri, tambahan pula dengan kaedah penanaman secara organik ini. Blog ini ditulis sebagai perkongsian pengalaman saya bersama anda supaya kita sama-sama memperolehi manfaat daripadanya. Saya akhiri prakata saya dengan sepotong ayat dari Al-Quran:

"Dan tuntutlah dengan harta kekayaan yang telah dikurniakan Allah kepadamu akan pahala dan kebahagiaan hari akhirat dan janganlah engkau melupakan bahagianmu (keperluan dan bekalanmu) dari dunia dan berbuat baiklah (kepada hamba-hamba Allah) sebagaimana Allah berbuat baik kepadamu (dengan pemberian nikmatNya yang melimpah-limpah) dan janganlah engkau melakukan kerosakan di muka bumi; sesungguhnya Allah tidak suka kepada orang-orang yang berbuat kerosakan." - Surah AlQasas. Ayat 077

Sekian. Berjumpa lagi.

1 comment:

  1. The titanium dog teeth - Tiger Claw - The Cutting Room
    The Titanium Claw titanium price is one titanium belt buckle of the most unique and innovative Claw 2017 ford fusion energi titanium teeth on the planet, designed to strike the tiger's teeth into titanium nitride gun coating its roots. titanium razor

    ReplyDelete