Untuk artikel kali ini, saya akan merungkap jauh di sebalik asas pengurusan tanah (seperti penyiraman air dan sungkupan). Dalam langkah penghasilan tanaman yang penuh nutrien ini, di sini saya gariskan 3 langkah yang mungkin perlu ada fokuskan:
1) KESEIMBANGAN KALSIUM
Terdapat banyak nutrien yang kita perlukan di dalam tanah dalam kadar yang tertentu, tetapi hanya satu yang kita perlu fokuskan dahulu.
Penyakit Blossom End Rot pada buah tomato akibat kekurangan Kalsium |
Nutrien tersebut adalah Kalsium. Tanpanya, kebanyakan teras perkebunan organik kita yang lain tidak akan berhasil. Tiada guna melakukan semburan foliar tanpa kehadiran Kalsium yang secukupnya di dalam tanah, kerana tanaman yang mengalami kekurangan Kalsium mengalami kesukaran untuk menyerap nutrien.
Penggunaan kapur pertanian menjadi amalan pekebun untuk penambahan Kalsium dan juga untuk meningkatkan PH tanah berasid |
Akan tetapi ini tidak bermakna anda mesti menambah kandungan Kalsium serta-merta atau pun secara semborono sahaja, namun ia adalah sesuatu yang mesti dikaji dan ditangani dahulu sebelum melakukan perkara-perkara lain.
Kulit telur boleh juga digunakan sebagai sumber Kalsium untuk tanah. Kulit telur dihancurkan dan digembur pada permukaan tanah |
Kalsium diperlukan untuk tanah supaya ianya menjadi tempat yang terbaik bagi pertumbuhan akar, untuk perkembangan hidupan mikrob dan untuk tanaman itu sendiri berkomunikasi dan seterusnya ke arah penghasilan tanaman yang penuh nutrien untuk kita semua.
2) FAKTOR BIOLOGI
Apabila kita sudah melakukan langkah-langkah sepatutnya untuk menseimbangkan kandungan Kalsium dalam tanah, kita bolehlah melihat pula langkah untuk memperbaiki jaringan organisma tanah yakni faktor biologi tanah.
Jaringan Organisma Tanah |
Ini bermakna dengan mengunjurkan kehadiran mikrorganisma dan serangga-serangga di dalam kebun kita beserta penggunaan tanah kompos yang berkualiti. Kaedah inokulan mikrob boleh digunakan untuk meletakkan organisma ini terus kepada daun-daun tanaman.
Kumbang Ladybird menyerang dan memakan serangga perosak Aphid |
Seterusnya kita kembali semula kepada faktor asas untuk menjaga unsur-unsur biologi ini; yakni penyiraman, sungkupan dll. Semua faktor asas masih lagi penting untuk dipraktikkan. Jaringan organisma ini akan melakukan kebanyakan tugas dalam kebun organik kita. Organisma inilah yang akan membantu kita menghasilkan tanaman yang kaya dengan nutrien yang akan berpindah menjadi kitaran pemakanan kita nanti.
3) PEMBAJAAN FOLIAR
Sebaik sahaja kita sudah menggerakkan kandungan Kalsium ke tahap yang sepatutnya, dan elemen-elemen biologi sudah tersedia, kita bolehlah membekalkan kepada unsur biologi tadi dengan memperkenalkan pembajaan organik secara terus pada daun-daun tanaman.
Semburan foliar untuk mengunjur nutrien terus pada pokok |
Kaedah pembajaan foliar ini bermaksud menyembur campuran air dengan sesuatu bahan organik lain seperti bahan mineral laut atau ekstrak rumpai laut, dan mungkin sesuatu yang lain. Kaedah ini sangat efisien, baik untuk tanaman anda dan juga poket anda... hah ha ha. Ia membantu tanaman kita mendapatkan kesemua nutrien penting seperti selenium dan iodin secara langsung, sekaligus menjadikan hasil tanaman kita sihat.
Penghujung kata, walaupun semua faktor ini mengambil kira sedikit pengetahuan dan latihan, dan hasilnya bukan datang dalam semalaman, namun berkat kesabaran anda InsyaAllah ianya boleh menjadi realiti dan mendatangkan hasil yang seperti anda idamkan.
Selamat berjaya, jumpa lagi.
No comments:
Post a Comment