Kawalan makhluk perosak kaedah organik (tanpa bahan toksik dan racun) telah menjadi ikutan yang semakin popular di kalangan peminat ataupun pengusaha/pekebun tanaman organik. Malah ia adalah antara soalan-soalan lazim yang terdahulu menjadi isu kepada para pengusaha tanaman organik yang baru mula menceburi cabang pertanian ini. Hasil daripada itu anda boleh mendapati terdapat pelbagai resepi-resepi racun organik untuk kawalan serangga perosak tanaman ini di internet dan juga penulisan dalam buku-buku.
Baking soda |
Serbuk baking soda (sodium bicarbonate) yang dibancuh bersama air boleh digunakan secara berkesan ke atas sesetengah jangkitan fungi seperti penyakit "powdery mildew"(Erysiphales), penyakit bintik hitam (Diplocarpon rosae) dan lain-lain lagi. Ia juga dikatakan berkesan untuk kawalan fungi yang menyerang pokok bunga Ros.
Kajian universiti telah mengesahkan keberkesanan penggunaan baking soda sebagai bahan alternatif kawalan serangga. Larutan campuran 1 hingga 5 sudu makan besar serbuk baking soda bagi nisbah segelen air (anggaran 3.7 liter air) adalah disyorkan. Anda digalakkan bermula pada kadar yang rendah dahulu, kerana dikhuatiri 5 sudu besar baking soda boleh melecurkan sesetengah daun yang agak sensitif.
"Powdery Mildew"menjangkiti daun pokok labu |
Kesan yang lebih efektif boleh dicapai dengan sukatan kadar yang sama cecair pinggan mangkuk (dish washing soap)/sabun anti-serangga, ataupun dengan campuran minyak tanah atau minyak masak berasaskan tumbuhan.
Jangkitan bintik hitam |
Secara ringkas resepinya:
• 1 gelen air (sebaiknya air bertapis, bukan air paip)
• 1 - 5 sudu besar baking soda
+
• 1 - 5 sudu besar cecair pencuci pinggan (seeloknya jenis cecair) ATAU
• 1 - 5 sudu besar minyak tanah atau minyak masak
Anda dipersilakan mencuba resepi ini untuk menguji keberkesanannya.
Mengapa Manusia Memakan Tumbuhan?
Kita (juga termasuk haiwan) akan mencari tumbuhan yang sihat dan berkhasiat sebagai pilihan makanan. Walaupun begitu, manusia telah banyak kehilangan keupayaan untuk membandingkan antara tumbuhan yang sihat dengan yang kurang sihat. Berbeza dengan haiwan yang masih lagi berkeupayaan tinggi dalam hal tersebut dan mereka berjaya memilih yang terbaik buat mereka. Walaupun jika dilihat pada haiwan ternakan yang dibela bukan untuk kebijaksanaan mereka, namun haiwan-haiwan ini masih akan memilih makanan yang terbaik dan sihat berbanding makanan yang tercemar dek racun serangga dan kurang bernutrisi. Tapi topik pemakanan ini akan lebih menarik apabila kita mengkaji kenapa serangga dan penyakit memakan tumbuhan...
Mengapa Penyakit Dan Serangga Memakan Tanaman Anda?
Apakah jenis makanan yang serangga Aphid (Aphidoidea) suka? Apakah pilihan makanan bagi penyakit seperti "Powdery Mildew" ini?
Kita selalu berfikir bahawa serangga dan penyakitlah penyebab tanaman kita menjadi tidak sihat, tapi hakikatnya mereka mengundang makhluk perosak dan penyakit itu sendiri kerana keadaan mereka yang sedia ada tidak sihat! Ini adalah salah satu anjakan yang perlu kita buat dalam pemikiran kita apabila kita berhijrah ke kaedah tanaman organik ini, dan bagi saya ia adalah sangat menakjubkan.
Manakala haiwan memilih tumbuhan yang sihat sebagai makanan, berbeza pula bagi serangga dan penyakit yang memilih sifat yang bertentangan. Mereka memilih tumbuh-tumbuhan yang mempunyai ketidakseimbangan nutrisi. Secara amnya mereka tidak mempunyai enzim yang diperlukan untuk menghadam tumbuhan yang sihat. Malah mereka tidak melihat tumbuhan yang sihat sebagai sumber makanan mereka!
Bunyi macam tak logik langsung kan... betul tak?
Serangan Aphid (Aphidoidea) |
Bagaimana Serangga Mencari Tanaman Anda?
Haiwan (seperti juga kita) melihat dengan mata secara visual dalam bentuk cahaya spektrum. Serangga pula menggunakan antenna (sesungut) sebagai deria untuk mengenali keadaan sekeliling. Itulah cara mereka mencari pasangan untuk mengawan dan itulah juga cara mereka mencari makanan mereka. Sesungut pada serangga ini mentafsir gelombang elektromagnetik dalam spektrum cahaya infra merah (infrared spectrum), yang mana bersebelahan sahaja dengan visual cahaya spektrum.
Tumbuhan juga mengeluarkan sejenis feromon (pheromones) yang mana serangga akan menganggapnya sebagai "sumber makanan". Bagaimanapun bukan semua tumbuhan mengeluarkan feromon ini. Pendek kata, hanya tumbuhan yang sakit ataupun tidak sihat sahaja yang merembiskan feromon ini yang mana mengisyaratkannya sebagai sumber makanan!
Penemuan ini merupakan salah satu implikasi yang menakjubkan buat pengamal atau pengusaha tanaman organik. Tanaman yang sihat lazimnya tidak akan merembiskan feromon dalam frekuensi yang kuat, jadi serangga tidak akan melihat tanaman tersebut sebagai sumber makanan. Walaupun ditakdirkan serangga tetap hinggap pada tanaman tersebut, mereka tidak mempunyai enzim untuk menghadam tumbuhan tersebut.
Mengapa tanaman yang sakit ini mengundang pemangsa untuk memakan mereka? Saya tak fikir kita akan temui jawapannya yang pasti. Sesetengah orang berpendapat tanaman tersebut sudah tidak mahu lagi hidup kerana bimbangkan ianya bakal mendatangkan kerosakan baka pada spesisnya akan datang (jikalau tumbuhan sakit ini berterusan hidup, bakal generasi seterusnya tidak akan kuat sistem imunnya dan bakal menghadapi keadaan sukar untuk hidup, jadi erti kata lain mereka korbankan diri mereka demi untuk "survival" generasinya akan datang). Bunyinya seperti sebuah episod Cerekarama TV3, dan saya tidak pasti tentang itu, akan tetapi saya percaya tumbuhan tidak punya keghairahan tentang saat kematian jika dibandingkan dengan kita manusia. Yang saya tahu dengan pasti ialah serangga memakan tumbuhan yang sakit.
Kalau anda perhatikan, kebanyakan serangga tidak berkeliaran dan memakan apa saja tumbuhan dalam laluannya. Mereka selalunya mempunyai hanya beberapa spesis atau kumpulan tumbuhan atau tanaman sebagai sumber makanan mereka dan mereka tidak ataupun tidak boleh memakan sumber-sumber lain.
Sebab itulah buku-buku tentang perihal makhluk perosak tanaman selalu mengkategorikan mereka mengikut jenis tanaman, sebab dengan mengetahui jenis tanaman yang diserang, adalah lebih senang kita mengecilkan skop ancaman makhluk-makhluk perosak ini. Ditemui juga bahawa antenna serangga ini dibentuk sedemikian rupa yang berbeza untuk hanya menerima gelombang frekuensi dari tumbuhan tertentu sahaja!
Apa Yang Tidak Kena Dengan Kawalan Perosak Secara Organik Ini?
Selain dari faktor yang mereka menghalang kebanyakan pengusaha tanaman organik dari mengubah pemikiran mereka untuk benar-benar melihat bahawa organisma yang memakan tumbuhan ini hanya memakan tanaman yang tidak sihat, produk-produk kawalan perosak secara organik ini sebenarnya mempunyai masalah lain.
Kebanyakan produk ini mengancam tumbuhan dari sudut tertentu, dan manakala tanaman yang sihat masih mampu untuk membendung impaknya, tetapi jika kita berterusan menyembur dan mengaplikasikan pada tanaman yang sedia ada sakit dan tertekan, hasilnya kita akan menyebabkan keadaan menjadi lebih teruk dan berisiko.
Lagi satu sebab ialah jika kita berterusan membunuh organisma dengan produk-produk ini, pemangsa kepada makhluk-makhluk perosak ini akan turut sama pupus atau pun akan terbantut kitaran hidupnya. Ingat, kitaran hidup yang terhalang atau terbantut akan menjejaskan keseimbangan alam ini.
Sebagai contoh serangga pemangsa seperti Kumbang "Ladybugs" (Coccinellidae) tidak akan bertelur, yang mana tidak akan menetas dan memakan serangga Aphid. Banyak mikroorganisma yang bermanfaat yang sepatutnya dapat membunuh serangan fungi bintik hitam atau "mildew" akan terhapus sama sekali apabila kita menggunakan baking soda atau bahan lain yang setaranya dalam semburan kawalan organik yang kita amalkan.
Amalan membunuh makhluk perosak tanaman tidak akan mengubah apa-apa sekali pun. Racun makhluk perosak tidak memberi nutrisi yang sepatutnya diperlukan pada tanaman kita. Jadi, apa matlamat utama kawalan makhluk perosak kaedah organik? Yang sebetulnya kita harus memastikan tanah, media tanaman dan tanaman kita sihat supaya makhluk-makhluk perosak ini tidak akan memberi kita sebarang masalah lagi.
Itulah apa yang ditekankan dalam siri pembelajaran kita. Dan blog Agro Organik Malaysia ini diujudkan demi keseimbangan alam ini. Saya mengalu-alukan pendapat anda.
Sekian.
asalamualaikum setelah membaca artikel ini saya bersetuju kerana saya telah melihat sendiri di kebun.
ReplyDeleteasalamualaikum setelah membaca artikel ini saya bersetuju kerana saya telah melihat sendiri di kebun.
ReplyDeleteapply brpa kali sminggu?
ReplyDeleteKebiasaannya jadual aplikasi racun organik tidak kira samada untuk serangan kulat/fungi ataupun serangga perosak adalah sekitar 2-3 kali seminggu sehinggalah keadaan nampak terkawal. Boleh dikurangkan bila keadaan bertambah baik.
DeleteSaya akan mencadangkan sesiapa yang mencari Pinjaman Perniagaan untuk Le_Meridian mereka membantu saya dengan pinjaman Empat Juta USD untuk memulakan perniagaan Quilting saya dan ia adalah pantas Apabila mendapatkan pinjaman dari mereka itu mengejutkan betapa mudahnya mereka bekerja. Mereka boleh membiayai sehingga $ 500,000.000.00 (Lima Hundred Million Dolar) di mana-mana rantau di dunia selagi ada 1.9% ROI boleh dijamin pada projek-projek.Prosesnya cepat dan terjamin. Ia pastinya pengalaman yang positif.Buat penipu di sini dan hubungi Perkhidmatan Pembiayaan Le_Meridian. lfdsloans@lemeridianfds.com / lfdsloans@outlook.com. WhatsApp ... + 19893943740. jika anda mencari pinjaman perniagaan.
ReplyDelete